Pangsapuri De Palma, Rumah Selangorku

Dengan lafaz Bismillah,


Hari ni rasa teringin pulak nak menaip, semenjak dua menjak ni suka sangat mencari info dekat blog orang lain. So, hari ni tiba-tiba rasa teringin pulak nak menulis pengalaman sendiri "proses membeli rumah pertama". Yelah, esok-esok adalah benda yang nak di kenang kan...Tujuan nak share ni bukanlah untuk menunjuk nunjuk ke apa, rumah yang di beli bukan teres or semi-D pun, just apartment 800 sqft ja. So apalah sangat yang nak di tunjuk-tunjuk tu kan... Cuma keterujaan akan memiliki rumah pertama tu lain macam rasanya...hihihi. Yelah korang tahulah kan, zaman sekarang ni punyalah payah nak memiliki rumah, lagi-lagi macam aku ni ibaratnya duduk di kelas bawahan yang bergaji ciput.



Nak dijadikan cerita, sebelum ni aku tak terfikir pun nak membeli rumah ni...mungkin ada tu ada, tp tidaklah bersungguh sungguh. Yelah anak muda yang kurang ilmu time tu. Tapi, korang nak tau tak, apa yang membuat aku terfikir sejenak, kenapa aku perlu membeli rumah?? Ceritanya, sekarang aku tengah duduk menyewa di  rumah flat kos rendah, sewa rumah masa first masuk rumah tu rm400 ja, so aku tak terasa sangat nak membayar time tu. Malangnya hujung tahun 2014, owner datang ke rumah dan bagitahu, sewa rumah dinaikkan kepada rm500. gila weh!!!..nak minta rm450 pun tak bagi, dengan alasan, ada kemudahan LRT, nak laksana GST tak lama lagi, sebab maintenance owner yang bayarlah. Kalau rumah tu ok, takpa juga..ni, dahlah banyak kerosakan, tapi malaslah nak merayu lagi, sebab malas nak pindah-pindah lagi nak mencari rumah dan angkut-angkut barang.



Mulalah otak aku berfikir, aku bayar sewa rumah ni rm500 sebulan. Kalau setahun rm500 x 12= rm6000. Aku rasa, tak boleh jadik ni....aku kena beli rumah sendiri juga. Noktah!!!! :)



Sebelum apply Rumah Selangorku ni, sebenarnya aku dah pernah dalam proses nak beli rumah, tapi rumah subsale lah. Malangnya tak jadik beli, walaupun dah bayar duit booking dah time tu. [Malaslah nak cerita dekat sini sebab apa tak jadik beli tu, aku just nak share pasal pengalaman beli rumah Selangorku ja. Kalau nak cerita pun, nanti di page lain pulak.











OK lah, tak mau cerita panjang-panjang... Inilah Rumah Selangorku yang telah ditawarkan tu. Rumah ni jenis Pangsapuri, nama diberi "Pangsapuri De Palma" 



  1. Total Units : 730 units
  2. Total Block : 3 blocks, 16 storeys each block
  3. Type : C1
  4. Built up : 800 sqft
  5. Total Room : 3 bedrooms + 2 bathrooms
  6. Unit Price : RM 170,000
  7. Car park : 2 bays
  8. SP Setia Project


Nak apply Rumah Selangorku boleh masuk dekat web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor dan bolehlah daftar secara online. Bagi aku, macam laju ja pemaju siapkan rumah ni. Yelah, macam mana tak rasa cepat, baru ja sign snp 23/07/2016 tahun lepas. Rumah pulak di jangka siap 14/01/2018, so tak lama lagi lah kan?? excited pun excited jugak ni....duit nak masuk rumah ja nanti yang belum excited....kahkahkah...



Gambar dekat bawah ni, ini lah rumah yang akan aku duduki tahun 2018 kelak. Rumah masih under construction, 19/09/2017 rumah dah siap 80% dah, surau, guard, parking semua dah siap dan menurut info dari kawan-kawan lain, bulan Jun 2018 akan dapat kunci rumah. Terasa di awang-awangan pun ada...huhu, nak mikir kos grill, kos strata title, lampu & kipas bagai....huhhhhhhhh #bersusah susah dahulu, bersenang-senang kendian. Apa yang penting, SYUKURRR...masih ramai yang ingin memiliki rumah sendiri tapi belum direzekikan...kan?



Sebenarnya, tiada sesiapa pun yang boleh memasuki kawasan dalam rumah sebab masih under progress. Tapi sebab kita orang bertuah, dapatlah tengok walaupun hanya dalam gambar.



Bilik Utama




Ruang Tamu




                                      Pintu Masuk Utama, tepi tu Dapur




Tandas Bilik Utama




Tandas 2




 Pandangan Bangunan Dari Luar




Yard




Parking Bertingkat




Bilik 2




Bilik 3 



Nanti saya akan edit & sambung lagi....sebab ambil masa type pepanjang ni, time rehat sejam ja...Bye dulu






Comments

  1. ooo kna gak 10% eh deposit..tp klu full gov loan pun sama gk ke..sy dpt tawaran rumah selangorku kt sepang tp xtau nk amik ke x sbb kna depo 10%.pemaju kol suh dtg 23hb ni kt opis dia bwak suma documen..pastu br tahu klayakan ngn lphsa.klu sy x dtg time tu,adekah dikira saya tolak tawaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. kena deposit 10%. Untuk government loan, pemaju akan minta surat akuan dari ketua jabatan berkenaan kelayakan pinjaman. Namun bergantung dgn budi bicara pemaju juga, ada sesetengah pemaju nak 10% terlebih dahulu and bila loan approve, baru duit dikembalikan. And 23hb tu lebih baik puan hadir bersama-sama doc. yang diperlukan, risau puan akan terlepas peluang.

      Delete
  2. Saya pun baru apply rumah selangorku...harap2 dapat la.excited dgn rumah pertama ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan puan dipermudahkan. Memang excited nak memiliki rumah sendiri..samalah macam saya..hihi

      Delete
  3. Salam puan. Nak tny. .sy dh ditawarkan rumah selangorku ni.tapi dia xcall atau sms pun.email je suruh htr dokumen semua. Dah pergi htr dokumen semua. .masa htr dia cakap xkan call jugk nk tahu lulus ke x.kena rajin2 cek status dia kta. Betul ke cmtu. Proses 3bulan.risau takut terlps pandg. Sbb xtrima ap2 pggilan atau sms.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,salam Ziyad Irfan, maksud tuan.. siapa yang suruh emel dokumen? lphs atau pemaju? saya kurang faham soalan.

      Delete
  4. salam puan nk tnya berapa lama ye proses nk dptkn surat 2( surat dari LPHS),,,,sy dapt tawaran rumah selngorku pada 16/2/2018..pada 28/2/18 pemaju ada emails untuk hntr smula dokumen yg diminta,,,dia kata sbrang masalh nnty pihat LPHS akan call atau sy sndiri kena call...tpi faham2 lh LPHS memng susah nk dpt klu call,, mcm ne ye nak thu status dokumen yg sy bg?? n brape lama nk dpt surat dari LPHS untuk kita byr 10% n cabut undi.?? terima kasih,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,salam puan. surat di tawarkan rumah, pihak lphs akan hantar dalam tempoh 30 hari dari tarikh ditawarkan rumah. Kalau pihak pemaju minta dokumen, just bagi dokumen pada pemaju. Untuk senang puan faham, selepas ditawarkan rumah, biasanya urusan terus kepada pemaju sahaja.

      Delete
  5. Yang penting hiasan dalaman mesti cantik...

    ReplyDelete
  6. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) silakan hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Proses Pinjaman Perumahan Kerajaan [LPPSA]

Cara Memohon Rumah SelangorKu Dan Proses Undi Unit Rumah