Assalamualaikum... Hari ni, nak share pengalaman sendiri cara memohon rumah Selangor dan proses undi unit. Saja nak share, kot-kot hilang dalam memori ingatan lepas ni, bolehlah buka blog ni semula. Pertama sekali, nak bagi tau sikit (bagi akulah) tak pasti pulak pendapat orang lain, bagi aku sape yang dapat tawaran Rumah Selangor memang sangat beruntung, sebab yang pertama harga jauh lebih murah berbanding projek perumahan swasta. Cumanya, untuk memiliki Rumah Selangor ni kena bersabarlah sedikit untuk menuggu turn untuk ditawarkan tu. Aku tak tahu kenapa, di usia nak menginjak 27 tahun baru terbuka hati untuk mohon rumah ni, padahal sebelum-sebelum ni ramai ja kawan-kawan office yang kecoh suh mohon bila ada projek baru naik di kawasan berdekatan tempat kerja. Teringat lagi, masa kawan-kawan dok kecoh pasal rumah nak naik dekat seksyen U12 Shah Alam, dalam kawan-kawan dok kecoh tu, boleh pulak aku buat bodoh ja. Kalau di ingat kembali, macam nyesal pun ada, kenapa...
Comments
Post a Comment